Projek baikpulih terbesar candi ini dilakukan antara tahun 1972 dan 1982 oleh pemerintah Indonesia dan UNESCO. Candi ini kemudiannya diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991.
Borobudur turut dikenali sebagai “Piramid Buddhist” dan candi Buddhist yang terbesar di Indonesia yang turut digelar salah satu diantara keajaiban dunia. Candi ini terletak kira-kira 42 km dari kota Jogjakarta mengambil masa sekitar sejam perjalanan.
Candi ini dibina tanpa menggunakan simen mahupun konkrit. Keluasan tapak dasar candi ini adalah 123 meter lebar x 123 meter panjang. Para pengkaji sejarah berpendapat nama Borobudur dalam bahasa sanskrit nya bermaksud “Biara Buddha di atas bukit”. Candi ini dibina oleh Raja Samaratungga, salah seorang daripada raja dari empayar Mataram lama dari Dinasti Sailendra.
Kebiasaannya pelancong akan dibawa awal pagi kesini untuk melihat sinar terbit matahari pagi di candi yang begitu indah sekali pemandangannya. Senang sahaja untuk ke sini, anda boleh membuat tempahan lawatan di kebanyakan hotel-hotel di kota Jogjakarta dan kosnya amat berpatutan.
Adalah digalakkan anda menggunakan kasut yang selesa kerana banyak aktiviti berjalan dan memanjat tangga untuk ke puncak candi. Jangan lupa membawa bekalan air mineral sepanjang waktu untuk menghilangkan dahaga serta penggunaan topi atau payung untuk melindungi anda dari sinaran terik cahaya matahari.
Sehingga di post berikutnya…..


















































